Untuk masukkan URL anda ke dalam database carian Yahoo & Bing, anda perlu submit URL anda kepada mereka terlebih dahulu.
Kini Yahoo bekerjasama dengan Bing untuk menggunakan database yang sama. Jadi anda hanya perlu submit ke Bing sahaja.
Caranya:
- Klik ke https://ssl.bing.com/webmaster/SubmitSitePage.aspx
- Ada 2 cara, 1 anda perlu daftar terlebih dahulu atau 2 anda hanya gunakan fungsi submit di bahagian bawah page berkenaan
- Masukkan perkataan dalam kotak yang tertera.
- Di ruangan Type the URL of your homepage, masukkan domain anda contohnya http://www.jomhosting.net/
- Klik Submit URL
Bing akan menghantar crawler ke web anda untuk semak isi dalam web anda.
*Sebaiknya submit selepas anda masukkan dan upload semua info ke web anda.
**Proses ini memakan masa dan tidak di jamin web anda akan dimasukkan ke database Bing & Yahoo atau mendapat ranking di laman search engine mereka. Semuanya bergantung kepada Bing & Yahoo.
Terima kasih